December 3, 2009

My Sadness :(


Im not good tonite..sad...frustrated..not happy :(
Aku bukanlah jenis yang mudah kecil hati atau mudah terasa..even terasa sikit pun, i will forget 5-10 minutes after that..But this time, it's really hurt me..i don think, i will forget about this...

Im so sad...

Im sorry...

please...just give me a break for a moment...

i need a time..

to think....
..............................................

December 1, 2009

Friendship..

Hujung2 tahun ni macam2 benda kena buat,.kerja plak makin hari makin banyak..Nak buat mcm mane dh keje..Kadang2 org lain xkan faham keadaan kita, nampak cam relax, tp mereka tidak tahu bgaimana keadaan yang sebenarnya..Hujung minggu kadang2 x dpt nk berehat kt rumah, ada je aktiviti nk buat. Sampai kwn2 nk jpe aku pun nk kena buat appointment seminggu sebelum..huh! Jujur aku katakan, mmg aku xdpt nk fulfill if kwn2 nk jpe last minute..Sometimes aku kena keluar dgn bf aku, kdg2 family aku dtg sini..i will try my best to get there, but can't promise can make it or not..Kawan2 aku dh mula complaint, semuanya cakap aku ni sombong..dh lupa kawan..Jauh sekali dari fikiran aku untuk melupakan kwn2 yang banyak membantu terutama kawan2 di universiti..Maaf ye, Nurul, nini, ecah, kak syida dan yang lain2..Bukan sengaja nk meminggirkan, tp keadaan yang memaksa aku berbuat begitu..Jika dulu kita cuma memikirkan tentang pelajaran, exam, tiada beban yg dipikul..tp sekarang berbeza sekali keadaannya..Masing2 mempunyai kehidupan yang sendiri..Haluan kita berbeza, tapi aku tidak pernah sekalipun melupakan kalian..Timbul rasa terkilan, bila tidak dapat sempurnakan janji yang telah dibuat..Walaupun kita sama, tapi hidup kita berbeza..

Sedar x sedar, salah seorang rakan aku bakal menamatkan zaman bujangnya pada 19 Dec 09 ini..huhu..Aku ingat lagi, aku pernah bagitau dia, antara ramai2..dia yang akan kahwin dulu..hahah..x sangka plak mmg betul2 terjadi..So, this time pun i will try my best to attend that wedding, sbb next week after that aku plak kena balik kpg..haha ada urusan rasmi bersama keluarga dua belah pihak..:)


So, buat kwn2 diluar sana..Aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada perbuatan atau kata2 yang menyinggung perasaan kalian..AKU SAYANG KAMU SEMUA!!! :)

"The love of my life is the love between friends."




November 27, 2009

Kasih Abadi

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tahun 2009 mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada tahun baru 2010...Sepanjang tahun ni, bermacam2 dugaan telah aku lalui..Suka duka, tangis gembira..semuanya aku lalui dengan sabar dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan aku percaya Setiap apa yang diambilNYA, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya..itu janjiNYA..

Tidak aku nafikan, kadangkala aku merasakan dunia tidak adil kepada aku..tapi bila difikirkan secara waras, itulah dugaan dariNYA, yang menguji kuatkah kita menghadapi ujianNYA..Itu juga tanda sayangNYA pada hamba2NYA..DIA sentiasa ada untuk kita, membantu kita dikala kita ditimpa kesusahan, melindungi dan memberkati hidup kita..cuma kita sahaja yang seringkali lupa padaNYA..Kita seringkali lupa pada harta yang menjadi bekalan pada akhirat kelak kerana asyik terkejarkan harta di dunia..Kita juga tidak bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan, menggunakan ke jalan yg tidak diredhaiNYA..Aku juga sentiasa melakukan kesilapan, lupa padaNYA..padahal DIA sentiasa melindungi aku dari perkara2 yang buruk,.


Hati kita tahu, apa yang berlaku dalam hidup kita seharian berkait rapat dengan tindak tanduk kita seharian. DIA sentiasa memerhatikan tingkah laku dan perbuatan kita di dunia..Setiap masalah yang menimpa kita, pasti puncanya adalah diri kita sendiri..Jagalah hidupmu sebaiknya, itu juga yang sering aku titipkan pada diri aku sendiri..

Semoga Allah memberi petunjuk menuju jalan yang benar dan Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita ..AMIN...

August 15, 2009

Terima Kasih Semua..

Insyallah,.dengan izinNYA kita akan menyambut bulan Ramadhan hujung minggu depan. Alhamdullillah aku panjatkan syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana masih panjangkan umurku sehingga ke saat ini. Minggu lepas merupakan minggu yang sukar untuk aku. Berperang dengan penyakit sehingga sukar untuk melelapkan mata setiap malam, takut sekiranya tiada lagi hari esok untuk aku..Terkilan rasanya jika pergi begitu sahaja tanpa taubat ke atasNYA. Hidup yang setiap hari pasti ada secalit dosa dan sedikit pahala, belum tentu menjanjikan malam yang panjang itu tenang. Terlalu banyak perkara, kata2 yang diucapkan, sikap buruk sangka pada manusia lain.,masih banyak perkara yang belum selesai,.masih banyak maaf yang perlu dilafazkan,.masih ada taubat yang belum dilaksanakan..

Demam panas yang aku alami minggu lepas, merupakan pengalaman yang berharga untuk aku. Ujian dariNYA mengajar aku hidup ini terlalu singkat..Kita tidak pernah akan tahu bila masa kita akan dipanggil untuk mengadapNYA, untuk tinggalkan dunia. Setiap malam rasa takut itu sentiasa ada,.takut andainya tiada lagi hari esok..


Alhamdullillah, hari ni aku sudah beransur sembuh..Minggu depan akan masuk keje seperti biasa..Bersyukur kerana aku dikurniakan kedua ibubapa yang sangat menyayangi aku. Mereka lah yang menjaga aku siang malam,.pastikan aku berada dalam keadaan yang baik..Selagi aku tidak lelapkan mata, selagi itulah mereka akan berjaga..Pada malam aku sesak nafas, mak dan abah tidak dapat tidur sampai pagi..Malam itulah aku merasakan hidup ini terlalu singkat..bila2 masa sahaja DIA boleh mengambil nyawaku,.tapi mungkin bukan takdirku lagi..Tuhan masih memberi aku peluang dan ruang untuk memperbaiki diri..Syukur padaNYA..Mak, abah..terima kasih..Kalian berdua terlalu istimewa..tidak lupa juga buat abangku yang bnyak membantu aku, hantarkan makan,.face mask :) ..dan hantar g hospital..thank you so much!!


Buat adikku dan sayang..jangan risau..i'm getting better and slowly to smile :))..thank you so much for ur care and love!!

July 5, 2009

M0v!ng..

huh! end of dis month aku dah x stay kt Subang dah...huhu..so sad la..my lovely housemate kak ira n sue,.huhu..nothing i can do unless find another job,.but nowdays, not easy to get job ler..btw my new place not so far from my new office.,so still can bgun lambat..hahahah..erm.,but i don't know i will comfortable or not there..hopefully everything is fine..

June 19, 2009

Thinking of you..

As we grow older together, As we continue to change with age,
There is one thing that will never change. . .
I will always keep falling in love with you.



* Don't cry because its over, Smile because it happened.. :)*
Find a guy who calls you beautiful instead of hot,.
who calls you back when you hang up on him, .
who will lie under the stars and listen to your heartbeat,.
or will stay awake just to watch you sleep...
wait for the boy who kisses your forehead, .
who wants to show you off to the world when you are in sweats,.
who holds your hand in front of his friends, .
who thinks you' re just as pretty without makeup on..
One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU...
The one who turns to his friends and says, thats her...

June 15, 2009

Dealova..

Susah ke nak memahami "stranger" yang hanya baru beberapa bulan kita kenal?? Lebih2 lg dat "stranger" dah membuat hati kita x tenang, fikiran asyik melayang padanya..Huh!!Bagi aku,. nak memahami seseorang bukan senang, berbulan, bertahun pun kita kenal.,belum tentu kita kenal dia sepenuhnya..Diri kita sendiri pun bukan senang untuk dia faham dan kenal betul2..Salah faham, pergaduhan kecil dalam hubungan adalah perkara biasa dalam hubungan..Baik yang belum berkahwin ataupun yang sudah berkahwin..Faham antara satu sama lain amat penting dalam hubungan,.bila ucapan atau tingkah laku disalah ertikan, pasti akan timbul pergaduhan..

Hati sedih bila orang yang kita sayang tidak memahami apa yang kita maksudkan dalam ucapan kita..Bila perkara seperti ini berlaku dalam hidup aku,.aku lebih suka diam..dan esok harinya aku akan lupakan perkara itu..Tidak semua perkara atau masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang,.adakalanya lebih baik diam..dan biarkan perkara itu luput dari ingatan..X semua org boleh faham dengan cara kita,.tp itulah kita...itulah yang dia perlu terima dan cuba untuk faham kita..


--------------------------------------------ms diyana------------------------------------------


p/s: I'm sorry if i hurt u with my word,.but..u did the same thing dear.. :(

June 9, 2009

Kasih..

The best thing about me is YOU...



June 7, 2009

The Truth...

Cinta x semestinya memiliki,.memiliki x semestinya hingga ke jinjang pelamin..Jodoh pertemuan semua di tangan yang Maha Esa..Kita sebagai hamba cuma mampu berusaha dan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang sememangnya dn selayaknya untuk kita..

Bila bercinta,.kita perlu ada rasa percaya dan yakin terhadap pasangan kita. Kepercayaan dalam hubungan penting, agar tidak akan ada perasaan syak wasangka yang melampau dn boleh mendatangkan pergaduhan dlm hubungan..

Hati akan sedih dan sakit bila orang yang kita percaya, sebenarnya selama ini semua kata2 dan ucapan cinta cuma palsu...Kejamnya bila cinta itu dipermainkan..Walaupun kemaafan telah diberikan,.belum tentu kisah itu akan luput dari fikiran...

Cinta tidak selalu hadir dalam hidup kita, cuma orang terpilih saja yang dpat merasainya..
Hargailah cinta yang hadir dalam hidupmu..jangan sekali2 biarkan ia pergi sekiranya kau rasa dialah orangnya.."grab the chance u get,.not letting it go..or put her/him as a second choice"..

p/s:
This is not about love..this is story about what actually happen 9 months ago..it's really hurt,.but that's the truth..if u r telling me about your sadness,.u should think abt mine first..nothing you can say,.it's already happen..and it's too late to regret...Sorry is the hardest word to say but when things goes wrong nothing else you can say except sorry..But sometimes, it's not the right word to fix everything..

June 6, 2009

My Bro's Wedding - Bersanding -

06/06/09
Rombongan lelaki sampai di rumah pihak perempuan dalam kul 12..Majlis ni de 2 pasangan,.menantu perempuan juga diraikan pada hari ini...huh! mmg panas cuaca hari ini,.dh r kena angkat hantaran..berat lak tu..smpai kebas tgn..My bro nampak segak ngn bj melayu kuning siap ngn keris bagai..hahaha..cam hang cangkul pun de..hahaha..Tp tetap nmpk raja sehari..heheh...



nasib baik la pengantin2 ni kurus2 kecik2,.klu x dh roboh pelamin..hehehe


Petang tu lak de majlis potong kek..Macam2 la diaorng ni..huhu..

Huh! Penat tul nk menuggu diaorg potong kek..pas abis majlis tu, kitaorg pun balik la..hahah..abg aku kena tinggal..kihkih...


Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat kamu berdua..Cepat2 la dpt ank.,leh jd aunty..heheheh...

p/s: x larat nk upload pic bnyk2,.so leh tgk kt my tagged or my frenster or facebook...




My Bro's Wedding - Akad Nikah-


5/6/09...

Kami rombongan lelaki sampai di Sg. Petani dalam pukul 3 lebih..Majlis akad nikah akan berlangsung selepas Asar, so mmg kelam kabut..Dengan sesatnye..hahaha..susah tul jln kt Sg Petani..pening pale...Pas settle dpt cr homestay yang disewa oleh pihak perempuan, kami rehat2 jap dn siap2 utk majlis akad nikah..Mak plak sibuk siapkan gubahan utk Mas Kahwin..hahah..dh tercabut2 kt dlm kete..

Yang kelakarnya..pengantin lelaki yg drive sendiri g masjid..hahaha..sbb dia je tau jalan..yg lain mmg xtau..Hari tu Iman kt masjid tu nikahkan 4 pasangan.,my bro kata mmg cuak..ingatkan dia lambat so dia yg last,.upenye dia yg first..haha..berdebo2...Tp alhamdullillah,.sekali lafaz je...Amin..

Ha..ni lah my sis in law..cantik x?...hehe..cun kan..she's look so beautiful on her big day,.. :)


ha...ni lah pengantinye...sama kurus,.sama padan..heheheh...Semoga kekal hingga akhir hayat..Amin..

..Sis Amy,.Welcome to our family..




June 5, 2009

Don't be Sad..

Kenapa...
Apa yang berlaku sebenarnya?
Apa yang kau sembunyi kan?
Apa yang menganggu fikiran kau sehingga kau x henti2 memohon maaf dari aku...

Walau apa sekali pun,.walau besar mana sekali pun,.

Jangan sekali kau gugurkan kesedihan itu,.
Jangan sekali kau rasa terluka..

Senyum lah..jangan bersedih..

Senyumlah wahai sahabatku..kerana itu yang membahagiakanku...

June 2, 2009

c!nta MatrikuLas!..

erm...last nite i've received 1 email from unexpected person..hahaha..last skali dgr pasal dia pun tahun 2007..erm.,almost 2 years..last skali communicate pun through email de argue sket..pas dat day aku x dgr dh pasal dia, lgpun dia kt overC..until la semalam..kitaorg ni mmg de sejarah,.sejarah nya bermula di matrikulasi Perlis..hahaha..aku pun dh x berapa ingt..dh bnyk moments aku tinggalkan..bila ingt blik zaman study kt Matrik dulu,.kelakar lak..keje syik ponteng kelas..dpt housemate kaki study,aku lak syik tido..mkn..kdg2 turun brcinta..hahaha..Kwn2 matrik Pyjaeh, Che Wan, Sue, Tasha...rindu kt korang...study bulan pose paling best..xde sorang pun tido awal,.sbb xde hantu..hahahahah..tp klu x bulan pose..12 je semua diam je kt bilik msg2..hahaha...

Tapi kt Matrikulasi inilah,.i met my first luv..huhu..not so much i learn from him,.sbb kitaorg nye relationship pun x lama..tp moments yg ditinggalkan mmg lame lekat kt kepala..biasala..kenangan pertama ni susah sket nk lupa..tp x bermakna kita still syg..hahaha..Lagipun ia dh berlalu almost 5 years,...aku pun dh bnyk lupa sal dia..even his brthday...huh!..sorry babe..dh lupa...x kesah la, janji masing2 dh bahagia dgn pasangn msg2..Buat kamu "semoga success dlm study,.dh happy sokmo"

p/s: noth!ng special,.just sharing my previous moments..

May 27, 2009

Room To Let

Sape2 yang tgh cr BILIK UTK DISEWA...sekitar subang jaya..USJ 6...rumah teres,.bilik utk disewa tu bilik bwh..x besar sgt tp boleh la..Sewa tu kena tanya tuan rumah..aku tolong advertise je.. Available only end of JULY..

Please leave me a comment if u r interested...

p/s: GIRL only...



---------------------------------------------

Aku lak ngah cari bilik sewa sekitar Gombak, Selayang or Taman Melati..Sape2 yang de info..please leave me a comment....I need to move out from Subang to Batu Caves around this July...huhu...

thanks!!

May 23, 2009

+ k e s i l a p a n m e n t a f s i r +

Huhu..2 3 hari ni aku x bape happy..cam2 yg berlaku..Bila terlampau sgt jaga perasaan org smp perasaan kita terabai susah jgk..Kita kena syg diri kita dulu, br kita leh syg org lain..Sometimes dari kelakuan seseorg kita dpt agak apa yg sdg bermain2 dlm fikirannya.,sma ada dia suka ataupun x suka. Riak wajahnya, tutur kata dan nada suara kita pasti dpt agak maksud dan niat yang tersembunyi..
Kesalahan mentafsir tutur kata dan riak wajah, kdgkala boleh mgundang pergaduhan..Even dia muka masam, x semestinya dia x suka..sebetulnya dia mmg mcm tu..adey..kita xtau mnusia ni..lain org, lain ragamnya..Even parents kita sendiri pun, kita dpt tahu kalau apa yang kita buat dia x suka..dari riak wajah kita dapat tahu ada sesuatu yang x digemarinya..Tapi, adil ke..bila kita sahaja yang try our best utk jg perasaan org lain..Hati dn perasaan kita mcm mne???Bila bnyk sgt terbuku kt dalam hati,.bahaya babe bila dh blow up..semua akan musnah,.tutur kata yng sopan leh jadi kurang ajar..
Huh!! Tapi apa boleh buat,..hidup mmg dh mcm ni..Keluarga xkn sekali diabaikan wpun hati kdg2 sedih bila permintaan kecil kita ditolak ataupun x dipedulikan..Org tua yg bersusah payah menjaga kita dari kecil, xkan sekali2 ditolak tepi hanya kerana orang luar yang belum tentu akan menjaga kita sebagaimana mereka menjaga kita..Sedih mcm mne sekali pun, kita mesti menghormati mereka yang lebih tua dan bnyk berjasa dlm hidup kita..Jangan sesekali salah mentafsir,.kerana kesalahan kecil itu yang akan membawa kita ke neraka jahanam...nauzubillah...

May 13, 2009

m a i n a n b u d a k




May 12, 2009

story about a fren..

Bila jodoh itu bukan milik kita,.kita harus redha dan lepaskan dia pergi..Apa yang diambil olehNYA, sudah pasti akan diganti dengan yang lebih baik dari sebelumnya..Setiap kali hubungan yang terjalin itu terputus,.aku redha dan terima dengan sebaiknya..Suka pada seseorang x semestinya dia pun suka kita..Kadang2 terpikir.."eh dia ni suka aku ke,.emm..nmpk cam suka.." hati manusia x leh nk jangka..dia baik dengan kita x semestinya dia suka..kita je yang slah faham..Salah faham yang biasa2, xde hal babe..tp kalau dh berkait dgn perasaan..huh!mmg susah tu..kita dh slah faham dia suka kita,.padahal x pun..erm..Baik dengan org ni berpada2.,jangan sampai org salah faham dengan kelakuan kita..pape pun,.kisah tu dah pun berlalu...anggap je cam angin yang bertiup..datang dan pergi..walaubagaimanapun,.persahabatan yang terjalin tetap kekal,.kerana kita bermula sebagai sahabat..

......END.......

April 15, 2009

A note for you...


Hidup ni ibarat roda..kadang2 kita di atas, kdg2 kita di bawah..,kadang2 kita bahagia, kadang2 kita berduka..Kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, baik kecik mahupun besar..Sometimes kita x sedar pun kita buat silap,.tiba2 je ade hati terluka dek kata2 kita, perbuatan kita..Kita selalu rasa kita dah buat yang terbaik, buat yang termampu..last2, kita juga yang dipersalahkan..x adilkan?? Tapi kalau diselidik, mungkin ada kesilapan..Setiap masalah yang menimpa diri kita berpunca dari diri sendiri jugak..antara sedar atau tidak, kita dah pun tertinggal jauh darinya..cuma kita saja yang tidak sedar..

Aku tidak marah, jauh sekali merasa benci terhadapnya..mungkin ada sebab dan alasan yang tersendiri..mengapa semua ni berlaku..

Cuma, jangan sesekali kau minta peluang itu sekali lagi.,kerana peluang yang aku berikan.,tidak pernah kau hargai...

April 9, 2009

al kisah nye...

Hari ni x bnyk keje ngat kt opis..masing2 ngn dunia masing2..huhu..tadi tetiba plak de urgent nk kena setel..selidiknye selidik huh! upenye order x process agi dr bulan 12 tahun lepas..mmg masak r kena marah monday nih..hahahaha..dengar je la..dh salah kite nye side..customer is always rite wat..argh!.myampah..syik nk komplen je kejenya..cuba la buat keje2 yg berfaedah sket..huhuhu..


Opismate aku yg kt sebelah ni syik dok tgk berita artis je dr tadi..hehehe..klu nk tau sape bercerai, sape kawen, sape beranak..cari la die..hahahah...jgn mare cik linda..Dia ni kira wartawan hiburan part-time kt sini r...


Yang sorang lagi ngn berita tempatan,.sape kena gantung,.sape masuk penjara,.sape kena rompak..ahhahahahha..bagus2..aku xyah bace paper...dgr je dari diaorg...hahahaha...
Lambatnye nk abis bulan 4 nih...:( x suka r bulan ni..xtau nape..cepat2 la bulan 5..hahahah...bonus2...:)

" smile, smile, and smile.... :)"

April 8, 2009

I'm Sorry...

Sorry,

If i hurt you...

Sorry,

If i scared you with my word or way..

Sorry,

If i ignore you..

Sorry,

If i didn't msg or call you..

Sorry,

If I'm not buzz you..

Sorry,

If I'm not smile to you..

Sorry,

If I'm not talking to you...

Sorry,

If I'm not laughing for your jokes..

Sorry,

If i said bad thing about you..

and lastly..

Sorry,

for everything...

-I really mean it..when things goes wrong,nothing i can do except "SORRY"-

Late Nite...

Still sleepy coz last nite g tgk Fast n Furious 4..kepala pun sakit,.huhuhu..batuk2 lg..argh!! For me citer tu biasa2 je,.Boleh la layan..Hari ni aku x berapa sehat, tekak pun sakit..nak demam lg la ni..huhuhu..Hopefully x la..lambt tul nk abiskan bulan 4 ni..dh bosan!

Huhu..kadang2 org x sedar peluang yg ada x bnyk..mungkin 2, mungkin 3 atau mungkin dh xde langsung..Layak atau tidak diberi peluang,.bergantung pada kesalahan yang dibuat..Tapi,.ade buat salah ke???..Mungkin tanpa kita sedar, kita dah pun melukakan hatinya..Hati manusia ni susah nk ditafsir,.kadang2 ok..kadang2 x..kadang2 baik,.kadang2 x..Entah la., aku sendiri pun kadang2 x faham..x kisah la.,

Sometimes, kita x sedar sebenarnya kita diberi peluang..dan akhirnya kita dapat tahu peluang tu dh pun berakhir..Bila hati dah x dapat menerima keadaan, perasaan akan memaksa fikiran untuk tidak lagi memikirkannya..huhu..kalau ayat senang lagi,.'tawar hati'..

erm,.

Btw, there is no reason why im writing dis..Aku cuma terfikir..so, aku tulis..nothin's wrong wit dat..huhuhu...

April 6, 2009

thanks!

Huhu..malam ni emosi x berapa stabil.,dari petang tadi lagi sebenarnya..moody, sedih..ntah la..xyah la aku citer kt sini..Tadi pun nasib baik 'dia' ada menghulurkan bantuan..Toche2!! Banyak yg aku xtau, dia dh bagitau..xtau la plak gitu citernya..huhuh..Btw, thank you for being with me when i need sum1 to talk to...thanks a lot my dear!! nanti kasi upah..hehehhe...

Like i care???!!!!

arghh!!!don know wat's wrong wit me today..but i don like dis feeling..I don even care lah!!!arghhhh!!!!!!!!!!


Why there are people out there who just can't tell the truth?
-don have any answer-



"Never touch my life if you mean to break my heart.."
p/s: Act..there is no specific reason why I'm writing this..

April 5, 2009

eVenTS..

Today aku de wedding invitation kt Batu Caves..For the first time aku leh tgk adat istiadat indian nye wedding secara live..hehehe..Tp punye la bising,.bunyi gendang la, lagu la..biasa la meriah katakan...hahahah..CEO Isuzu pun ade, mmg semua la dia jemput...yang bestnye time makan xyah berebut sbb diaorg bg layanan istimewa untuk staff Isuzu..hahahaha..pengantin lelaki ni mmg org penting kt opis kitaorg..Aku dpt tgk adat istiadat diaorg pakaikan tali perkahwinan, sarungkan cincin kt kaki..mcm2 la..tp x sempat nk amik gambo....heheheh...Best la sbb first time tgk..heheheh...Keje ngn bangsa pelbagai ni leh la amik peluang tgk diaorg nye adat..


Abis je makan, kitaorg blk la..lamanya jgk ceremony diaorg..kalau nk tggu smpai petang la..huhuhu...Kalau Melayu, hadiah leh bagi time masuk rumah atau bg kt family pengantin..tp berbeza ngn India nye wedding..hadiah kena bg terus pada pengantin..heheh..patut r xde meja hadiah masa masuk dewan tadi..baru aku tau...heheheh...Pengantin perempuan cantik,.bunga kt atas kepala tu cam berat je aku tgk,.kalau aku pakai dh terbalik rasanya..hahahaha...mgkin dia dh training kot...tp mmg cantik r....warna warni...pastu aku tgk diaorg tukar2 jambangan bunga 3 kali...bunga tu pun nmpk berat...huhu...berapa hari la agaknya diaorg nk siapkan...
Lain bangsa, lain adatnya...
Lain orang, lain caranya..


p/s: huhuhu..miss u ler :(

April 4, 2009

Hati..

Hati, fikiran dan perasaan berkait rapat antara satu sama lain. Bila hati menginginkan sesuatu, perasaan akan memaksa fikiran untuk mendapatkannya..Betul ke ''ikut kata hati, mati?'' Aku pun x pasti..Kalau x ikutkan hati, pasti perasaan akan gundah gulana, fikiran x menentu. Kita memang boleh tipu satu dunia, tapi kita xkan pernah sekali boleh menipu diri sendiri..Kita tahu apa yang kita mahukan, walaupun kita sendiri tahu apa yang kita nak akan melukakan hati kita satu hari nanti..

Cinta..aku pernah bercinta,.pernah merasa disayangi, dicintai..Pasti semua orang menginginkan sesuatu perhubungan itu kekal sehingga ke akhir hayatnya..Did u ever fall in love with the wrong guy???...Yes, i did..

Kalau orang kata cinta itu buta,. maka buta lah mata, hati dan perasaannya...Salah atau tidak, kita tidak berhak untuk menghukum apatah lagi menghina..Cinta yang datang tidak pernah kita jangkakan..Tetapi,. semuanya bergantung pada kekuatan hati untuk menerima atau menolak cinta itu..Berdoa lah padaNYA, agar sentiasa dijauhkan daripada kesakitan dunia dan akhirat..

Sayang dan cintailah orang yang sentiasa dekat denganmu,.sayang dan cintailah orang yang ikhlas denganmu..Insyallah, dengan doa dan usaha..pasti dia sememangnya untukmu...

April 3, 2009

Lucky :)

Hari sudah masuk hari ketiga dalam bulan APRIL..keje mcm biasa..malas pun mcm biasa..hehehehe..tapi hidup dah lain sket..ekekek..adalah...rahsia.. :)
Minggu ni aku asyik masuk keje lewat jr, x 8.45 misti kul 9..officemate aku pun sama..2 3 hari ni asyik ngntuk je..malas je nk bgn pagi..ish2 pe nk jadi la... :) nasib bek ade org kejutkan..hehehe..thanks ek U!..
Argh!!yang x bestnye company trip g Thailand je..pe la..huhuhu..nasib bek mmg aku xg..bro aku nye wedding DIWAJIDKAN HADIR..hehehe tu yg x g..tp x rugi pun...I mis my family la..so much..my bro, my little sis and my parents of course..x sabar nk blk kg neh...Minggu lepas g xm KPLI kt putrajaya..de la terserempak ngn member2 lame..huh!poyo je...Future sis in law pun ade...hehehehe...

p/s:
Do you hear me talking to you..
Across the water across the deep blue ocean..
Under the open sky my baby I'm trying..
Boy, I hear you in my dreams
Hear your whisper across the sea
Keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard..
Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye I wish we had one more kiss
I wait for you I promise you, I will
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed

March 24, 2009

Semalam aku de sembang2 ngn adik aku sal satu citer yg x bape best..huhu..Demi kepentingan diri sendiri, si ayah sanggup membiarkan anak lelakinya yang baru saja berumur 20 tahun berkahwin!!. Walaupun masih belum tamat pengajian dalam Sijil di salah sebuah politeknik, si ayah sanggup membiarkan anaknya meneruskan keputusan untuk berkahwin dengan gadis semuda 19 tahun...huh!!Kalau anaknya tu dah keje xpe la.,ni belajar pun belum habis..yang paling teruk..lelaki itu masih kebudak2kan dan setahu aku dia masih belum layak untuk berkahwin. Tetapi siapalah aku untuk masuk campur dalam urusan keluarganya. Bila diselidik, rupanya keluarga pihak perempuan yang "push" keluarga pihak lelaki untuk berkahwin..X terpikir ke mak si perempuan itu yang bakal menantunya masih belajar dan masih belum matang untuk menjaga anak perempuannya?????atau sekadar melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu????huh!!! Aku cukup terkilan apabila perkahwinannya hanya berlangsung dengan kehadiran ibu dan ayahnya sahaja..Sedih dan amat kecewa dengan sikap ayahnya yang langsung tidak membantu malah membiarkan anaknya terus hanyut..Perkahwinan bukan lah satu perkara yang mudah, ia memerlukan komitmen yang kuat antara dua pihak. Aku berdoa agar mereka berdua akan sentiasa bahagia dan dijauhkan dari sebarang masalah..Apabila ibu dan ayah tidak sehaluan, biasanya anak2 merekalah yang menjadi mangsa keadaan..Apabila ibu dan ayah bermasalah, biasanya mereka akan membiarkan anak2 mereka juga dibebani masalah..


*kepada yang berkenaan,.selamat pengantin baru..Jangan sesekali pandang ke belakang, kerana di depan kau sudah tersedia pelbagai cabang dan jalan yang akan kau tempuhi kelak..Aku doakan kebahagiaan kau sentiasa..Jangan mudah menyerah kalah walaupun usiamu yang begitu muda, sabar dan berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik...dari kecil sehinggalah kau besar,.aku sentiasa sayang dan doakan kejayaanmu...amin..

March 20, 2009

something special to all my frens!!!

To My Friends Who Are...........SINGLE

Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's 'perfect person.' It's about finding someone who helps you become the best person you can be.

To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say 'I love you' if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...

To My Friends Who Are............MARRIED

Love is not about 'it's your fault', but 'I'm sorry.' Not 'where are you', but 'I'm right here.' Not 'how could you', but 'I understand.' Not 'I wish you were', but 'I'm thankful you are.'

To My Friends Who Are............ENGAGED

The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

To My Friends Who Are............HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are............POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.


realize...

erm..aritu masa aku publish post "second chance" adala sorang member YM aku ni bg pendapat..katanya " sometimes kita x perlukan second chance dalam hidup kita sbb kdg2 kala tanpa kita sedar, itulah peluang untuk kita cari peluang lain" erm..ada betulnya..Aku sedar peluang yang aku tunggu itu sebenarnya tidak berbaloi pun utk aku..Kalau dulu aku meletakkan kata2nya sebagai kekuatan, "3 4 bulan tidak mecukupi utk tentukan peluang itu berbaloi atau tidak"..Tapi tidak lagi sekarang,.

''A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not 'going to be worth it a year or 10 years from now ...Let him go.....
''

March 18, 2009

Citer Lama..

Erm..hari ni aku nk tulis sal 'citer lame'..ade org suka citer lame..ade jgk org x suka sal citer lama..Tapi bagi aku citer lame ni kdg2 boleh digunakan sebagai panduan utk masa depan..Sesetengah orang berpendapat., "citer2 lame tu xyah la ko kenang2kan,.pandang depan jgn pandang ke belakang" ..Betul tu..memang betul,.cuma x semua perkara atau citer lama kita kena tinggalkan di belakang..x kesah la pasal kenangan2 masa kecik ke, masa time study dulu ke, masa ngn si polan ni ngan si polan tu ke..Benda yang baik kita kena jadikan sebagai teladan, benda yang tak baik kita tinggalkan la..Kalau nak angkut jugak, lantak la..hahahahaha..ko nye pasal la..

Hari ni ade la sorang member aku tegur aku..katanya aku ni x abis2 lg ke dengan citer lama..n he said.."kelakar la"..Aku x marah pun dia cakap cam tu,. bg aku berkawan dengan "bekas teman lelaki" tidak menjadi satu kesalahan, sebab even dia dh xde pape ngn kita,.dia still kita nye kawan..lain la klau dia mmg xnk berkawan ngn kita..tu lain citer..Berkawan dengan "bekas teman lelaki" x bermakna aku still sayang or nak balik ke pangkuan ke ape,.but dats called "friendship" ..xtau la dia komen tu ada unsur cemburu ke ape..itu bukan aku nye hal..

Kita baik dengan seseorang tidak semestinya sayang/cinta,.mungkin kita sekadar suka berkawan dengannya..Jangan salah sangka dengan setiap tingkah laku atau kata2 yang dilafazkan,.kerana x semua yg dilafazkan/dilakukan itu mempunyai maksud tersirat..tetapi yang paling utama..semuanya kerana "ikhlas" dan "persahabatan"...

March 17, 2009

Friendship...


Rasanya semua orang kt dunia ni ade kawan..yg xde tu mungkin something wrong kot ngn die...Aku ada la kawan, tp yang rapat tu ade la 2 3 orang..Bagi aku, yang kenal 1 hari pun, aku dah anggap die kwn aku..heheheh..Sesetengah org, yg rapat dgn dia je, dia anggap kwn..erm,...manusia ni mcm2 kt atas dunia ni..ade yang mcm tu, mcm ni..ade yg baik,.ade yg x..ade yang niat jahat, ade yang niat baik..pelbagai-bagai jenis dan acuan..Kadang2 tu, ex-bf/ex-gf yang gaduh2 gile2 then putus,.terus xnk kwn..kalau dulu, aku tergolong la kot..tp skang ni dh beso tau yg mana buruk yang mana baik..ekekekek..Aku xde la rapat sgt ngn ex-bf2 aku,.heheh..tp ade jgk la yg rapat..yang aku hangin pun ade..yang menyampah pun ada..tapi aku still anggap diaorang kawan..

Yang menjadi persoalan skang,.ade org yg kenal aku 2 3 bulan dh rasa kenal aku betul2,.erm..perasan tul!!! sakit ati je..Macam2 plak komplen, kita ni mcm tu la,.mcm ni la..ape la..kalau nk tegur pun berpada2 la..jgn sembur cam mesin gun plak..Cam la die bgs sgt..pOOOOOrrraaahhh!!! Bila kita ckp sket,.kata kita nk ajar dia..ish2..x faham aku..Suka ati engko la Labu...

Org yg betul2 rapat dgn aku saja yg tahu aku mcm ne..haaaaa...contohnye cam housemate aku..sbb diaorg yang dok ngan aku,.hari2 tgk aku,.sikap dn perangai aku...So, buruk baik aku leh tanya diaorang...hahahahahahha...syyyyyhhhhh!!!!


mY HOmetOWn :)

Last week aku join my bro n my future sis in law balik kg..kota bharu..yuhuuuuu!!!yg bestnye balik free..ekekekek..mesti bengang je my bro...hahahah...klu bukan adik yg nk keringkan duit abg sape lagi..heheheh..tp xpe,.bro aku bereh..no hal...heehehheh..Kitaorang gerak dalam kul 7 lebih r.,tu pun jem gile kt Gombak..huhu..hangin je nengok kete banyak...Sampai kt umah pun dh pgi..dlm kul 4 lebih kot..sbb aku tdo je..hehehe...smpai umah smbung tdo blk..ekekeke..

Hari pertama kitaorg bw my future sis in law g jejalan kt Rantau Panjang..actually aku sendiri pun dh lama x g,.dh lebih 10 tahun kot..huhuhu..



Aku just teman diaorg je,.beli brg x pon..malas nk shopping sbb mata sih ngantuk dat time..huhuhu..Wpun cuaca hujan, tp ramai jgk org kt sini..ape diorg beli pun aku xtau..hehehe...my bro suka beli jersey kt sini..dr kecik smp nk berbini x abeh2 dgn jersey bola die tu..adey...:)..My future sis in law plak beli kelawar..heheheh..dlm 3 ekor kot..kahkahkah...my bro la yg kata...

Second day, kitaorg g jejalan kt Pasar Siti Khadijah plak,.kat sini pun dh lama aku x g..erm,.aku x suka sgt persekitaran ye,.ramai org..huhuhu..lgpun xde sbb nk g sane..Tp, g jgk la my future sis in law nk cr tudung..murah2..mmg murah...rasanya berplastik2 die membeli belah..hehehe...janji die bahagia...
Last day, kitaorg just dok umah sambil nunggu adik kesayangan sampai dr Penang..hahahah..sian die,.supposed smp awal lg,.tp bas rosak..ekekek..Kitaorg gerak balik Kl dlm kul 12 rasanya..aku pun dh lupa...ni pun sih ngtuk lg..huhuhu...
Yang paling x puas ati,.dua2 housemate aku x g keje ari ni..MC..erm,.MC ke bangun lmbt neh?????heheheheh...

March 12, 2009

Holiday...Help me to choose de best Pulau to go..:)

Erm...aku berkira2 nak g holiday kt pulau..tapi, xtau yang mane best..Saje nak release kan tensen..Planning nye nk g bulan Mei ni..Dalam shortlist;
  • Pulau Perhentian ('best fren' slalu g sane..katanya best.)

  • Pulau Tioman (Officemate pun kate best..)

  • Pulau Pangkor (erm, officemate aku nk g next week..kena interview nti neh..hehe)

Erm, mane lg ek pulau2 yang best kt Malaysia neh..Jangan suh aku g Pulau Indah kt Klang tu..dekat sangat nk holiday..hahahah...Sape2 nk ikut leh isi borang penyertaan ye..heheheh.."Lelaki x dibenarkan"..


"Cuti-cuti Malaysia"


Dugaan Hari Ini..huhuhu



Fuhh..punye la bnyk masalah hari ini..lepas satu, satu happen kt opis ni..kes smlm pun x settle dh datang kes len..adey..Hari ini keje sorang2 lg,.officemate kesayangan aku tu MC lg..syik sakit je minah ni :( ..Aku plak dh overlook satu order, yang sedey nye order bulan Feb..huuhuh..mengamuk customer..kena arrange untuk hantar se'urgent' yg mgkin..tup tup, operative aku plak salah pick brg..aduhhhhhhh!!!!! Memang nk marah betul la..dahla benda urgent,.boleh dia salah pick..sabar2..ish!!!!Yang peliknye, x pulak aku kena ngn bos aku..erm..mungkin simpan tuk meeting sok kot..huhuhu..Kena sedia fizikal ngn mental nih..Ye la kita pun kena faham, customer xnk pikir masalah kita, yang dia nk cuma barang dia..huhuhu..macam nk tercabut kepala otak ari ini..Semua nk urgent..adey... Bak kata housemate aku yg dok tgh mkn tuh :)> , "Biasala kita kan kuli.."hehehehe..Sabar je la..."


Tp xpe,.esok nak balik kampung..yahooooooooo!!!!!! Ish abang aku plak sebok nk balik hari sabtu, dahla dia bwk kete cam kura2,.bila nak sampai..hahahahah..yang best nye, kali ni balik ngn 'BAKAL AHLI KELUARGA'..hehehe..bw ye g jejalan kt Kota Bharu..
Kata2 tuk hari ni..

"Hadapi lah dengan senyuman"

March 10, 2009

Headache :(

Huhu...pagi2 lg dh rasa sakit kepala..BAD MOOD!! Hari ni memang malas gile nk g keje coz dh cuti lame sgt,.cik Hussy pun still cuti lg,,best nye!! :(. Nak x nak kena g jugak..huhu..sampai2 je opis, officemate MC la pulak..Die je ler tempat aku bergelak ketawa kt opis ni..hehehe..moga ko cepat2 sembuh ye cik Linda..erm, xpelah dh sakit nak wat cmne...Nasib bek la, x berapa busy..Petang ni sure keje sorang2 la nampaknye..huhu..tp xpe bos xde..hahahaha..yahoooooo!!!!

Kepala pun still sakit :( .., bertambah2 la lagi bila ade makhluk Allah tetiba je menyakitkan hati hari ni..sabar je la..ape kena dengan die pun aku xtau,.huhu..kdg2 x masuk akal langsung..suka hati dia la nk buat ape pun..laaaaayannnn je la..hahaha..Biasala manusia, banyak ragamnye..kadang2 dia baik dengan kita, kadang2 x..ikut mood dia la nak layan kita macam mana..Pelik macam mana pun perangai, dia tetap kawan kita..dan aku sayang semua kwn2 aku..Mungkin teruk pada pandangan orang lain, tapi tidak pada kita..

Btw,.i miss my 'best fren' so much..huhuhu..bila dia nk balik neh??dh la g holiday x ajak aku..huhuhu..(klau u ajak pun, i x ikut..hahahahaha)

*for my beloved sis,.i miss you!!muahhhhhhh3x!!

March 9, 2009

Second Chance..

Hari ini aku ada berbual2 dengan seorang kawan baru dalam Tagged , katanya baru putus cinta..huhu..aku bersimpati..Katanya lagi, bekas kekasih ingin kembali padanya,.huhu..Bila aku tanya, adakah mungkin dia akan mendapat peluang untuk kembali.,dengan pantas dia menjawab.."TIDAK MUNGKIN"..itulah kisahnya...

Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan, baik kecil mahu pun besar..Itu hak mereka untuk bagi peluang itu atau tidak, kita sebagai manusia tidak berhak untuk mencampuri urusannya..apatah lagi menghalang atau memaksa mereka..Kita sekadar hanya boleh memberi nasihat dan pendapat..

Dalam hidup ini,.manusia mungkin akan mendapat peluang kedua..tetapi mungkin juga dia tidak akan berpeluang untuk mendapat sebarang peluang lagi dalam hidupnya...kerana jika manusia tak mempergunakan peluang pertama , peluang kedua mungkin tak akan kunjung tiba..kesian kan???huhuhu..Contoh yang paling senang, bila satu perhubungan itu terputus..Sang kekasih marah2 then, bila si kekasih hatinya minta peluang kedua,."jangan harap aku bg kau peluang lagi"..adey :(...Kadang2 apa yang kita nampak luaran sahaja, dalaman kita x nampak..Jauh di sudut hati, dia ingin menerima kekasihnya kembali..tetapi disebabkan perasaan marah yang masih menebal,.dia merasakan lebih baik jika tiada lagi peluang kedua..

Tidak menjadi satu kesalahan, jika peluang kedua itu diberikan kepada seseorang yang benar2 memerlukan untuk membuktikan dirinya akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..Aku juga pernah menginginkan peluang kedua darinya,.tapi hatinya terlalu keras untuk itu..Aku tidak pernah memaksanya untuk menerima aku dalam hidupnya, apa yang aku perlukan adalah peluang kedua untuk membuktikan padanya aku benar2 sayang dan mencintainya..huhu..sedey la plak...Bila kita berada ditempat itu, kita akan tahu betapa berertinya peluang kedua..tapi jarang sekali peluang kedua itu diberikan..

Bagi aku, setiap orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidupnya..kerana pasti suatu hari nanti, kita juga akan berada di tempat itu...



"We believe everybody deserves a second chance.."

p/s: ini pendapat aku je..heheh

March 8, 2009

Manipulative Person..(must read dis!!)

How to identify manipulative person??? ..manipulative or bahasa kasarnya pemutar belit..erm, rasanya ramai di antara kita mempunyai personaliti sebegini, cuma antara sedar atau tidak saja. Aku ada terbaca satu artikel mengenai 'Manipulative Person', and i think it's useful..Kadang2 kita x sedar orang yang paling rapat dan paling kita percayai jenis yang sebegini. We do things for them because of that close relationship. But is that relationship really as close as you think it is? Occasionally, it’s good to take a step back and reevaluate the friends that you have to see if they fit the personality type of a manipulative person..huhu..it's for your own good..

Manipulators.. however are parasites. In a parasitic relationship, the manipulator get benefits from the relationship, while the other person does
not..Mereka sangat bijak memperdayakan orang di sekelilingnya yang mana mempercayai hubungan itu adalah hubungan yang sihat yang tidak melibatkan tujuan yang tidak baik. They will do anything to get what they want..

Basically, manipulators use emotional arguments. Logical arguments make sense to most people because there is solid and identifiable evidence to support that argument.

An example of this, if I wanted u to get me a computer because you love me, right? Biasanya orang jenis ini akan meminta sesuatu, atau pertolongan yang mana lazimnya tidak mempunyai alasan yang logik kenapa mereka mahukan sesuatu perkara, kerana orang jenis ini memang jenis pentingkan diri "selfish in nature". The manipulator knows that they can’t use logical arguments to persuade you to do what they want, so they switch over to emotional arguments to power their justification...As a last resort, the manipulator might actually become angry at your refusal to give them what they want and exhibit behaviors similar to a bully..

Anda perlu faham, orang yang jenis manipulative takkan bagi masa yang anda perlukan untuk membuat sebarang keputusan yang baik untuk anda, kerana orang jenis ini hanya perlukan keputusan yang baik untuk dia sahaja...

Selalunya hati kecil anda akan lebih tahu dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau hanya sekadar ingin mempergunakan anda. Semuanya terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin melihat ia sebagai satu perkara yang baik atau buruk dalam hidup kita..

"Power ur mind to stop toxic relationship"

March 7, 2009

masih single...Kenapa ye??

Rasanya ramai perempuan2 di luar sana yang masih single tertanya-tanya kenapa masih belum menemui insan yang benar2 mencintaimu..Semestinya aku juga tergolong dalam golongan itu..huhuhu..Teman-teman yang lain sudah pun menemui soulmate masing2, tetapi kita tetap bersendiri..Kadangkala aku juga terfikir, "apa kurangnya aku berbanding dia?", "apa lagi yang dia mahukan"...
Kita seringkali tercari-cari di mana silap dan kekurangan diri..

Mungkin ini sebabnya.....

1) Banyak membebel
-Kadangkala teguran yang bersifat 'mengambil berat' disalah tafsir oleh kaum lelaki. Aku sendiri pernah dilabelkan oleh my exbf,.katanya aku ni "bising"..bila banyak tanya kata banyak bebel, bila x tanya kata kita tidak mengambil berat..Walaubagaimana pun teguran itu mesti kena pada waktu dan dengan cara yang betul dan yang paling penting jangan sesekali mencampuri urusan peribadinya.

2) Curiga & Cemburu Buta
-Si dia pasti runsing dan rimas apabila kita sering menyerangnya dengan soalan bertubi-tubi membuatkan si dia bosan untuk memberikan penjelasan. Walaupun hanya perkara kecil, ia diperbesar2kan. Jika kamu dan dia masih dalam proses mengenali hati budi, sudah semestinya tidak semua rahsia peribadinya dilaporkan. Lelaki tidak akan selesa apabila kita bersikap terlalu cemburu buta.

Mungkin ada lagi sebab2 yang lain kenapa "masih single"..Bagi aku 2 sebab ini yang paling mempengaruhi dalam perhubungan..

Setiap teguran dan rasa cemburu itu tanda kasih dan sayang kita terhadapnya..but it depends on how we control it..

Tough Dates..

Dating is really hard work for many of us and i agree that...finding sum1 to spend the rest of ur life with, takes some work..trust me...

Biasanya lepas kuar dating, sure nye macam2 soklan dalam kepala ; he seems to like me, doesn't he?, i think he is a keeper, she's kinda hot...hahaha..
If he/she looked different from what you pictured, his/her personality was different too, then wat u should do babe??? It happens as if one party feels good about the connection, while the other party decided that no connection was made. When this does happen, one party is left with telling the other that it is time to move on. There is no right answer because rejecting someone is hurtful..

Many people assume that it is easier for men to get dates...erm..betul ke???
and then even average-looking men who are not rich have a better chance of getting a date than a women...ada betul nye..Manusia lebih suka melihat pada kecantikan luaran berbanding dalaman,.sepatutnya melihat kecantikan dalaman adalah lebih penting drpada luaran...nama lagi manusia babe...hehehe

For me dating is not always about fun and romance, it can be hard work too..

cerewet?? Jodoh...

Kadang2 terpikir juga bila ada org mgatakan aku ini seorang yang amatlah 'cerewet'..erm,.bila difikirkan balik,.bagi aku itu bukan 'cerewet' tetapi mencari yang terbaik..dan yang TERBAIK di mata kita MUNGKIN bukan yang terbaik di mata ibu dan ayah kita..


"Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s.yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah "

Pilihan..

Pilihan...bila tiba masa untuk membuat pilihan,pasti akan ada insan yang diam tanpa sepatah kata memikirkan yang terbaik untuk dirinya.,..berputar bermacam soalan di fikirannya, memikirkan pilihan2 yang ada..Pilihan yang baik akan membuahkan hasil yang baik..bagaimana sekiranya kita tersalah membuat pilihan dlm hidup??

Setiap pilihan yang ada, perlu dikaji dan diteliti sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan..Namun demikian, ada ketikanya kita sukar membuat pilihan kerana pilihan yang ada sama-sama menarik dan mempunyai kebaikan yang tersendiri..Kadangkala kita tidak berlaku adil dalam membuat pilihan,.dengan melihat bentuk fizikal yang baik dan sempurna, secara automatik kita merasakan itu adalah pilihan yang tepat. Sedangkan, kita belum pun melakukan pertimbangan baik dan buruk terhadap pilihan2 yang ada.


Bagi aku,.sekiranya kita tersalah membuat pilihan, bukan bermakna dunia kita sudah berakhir, sebaliknya perjalanannya baru saja bermula..jangan sesekali kita sesali, sebaiknya kita ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup kita. Dunia sentiasa berputar, sama juga hidup kita..kadangkala kita gembira, kadangkala kita kecewa..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan..setelah titisan air mata, pasti akan ada senyuman..tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu, dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang..memilih satu diantara dua adalah yang paling sukar,.kerana sudah semestinya kedua-dua itu adalah yang terbaik..


"choose the best..."

February 28, 2009

By Shukri Abdullah *88% Minda Kita Untuk Orang Lain

* Percaya atau tidak, dalam 24 jam, 88% tenaga mental kita lebih banyak digunakan untuk melayan emosi berkaitan ketidak puashatian kita pada orang lain..

*Dalam tempoh 24 jam itu, kita lebih cenderung sakit hati dengan seseorang, geram, marah atau kecewa di atas tindakan orang lain yang tak ngam dengan kehendak kita. Dalam hati, kita seringkali mengomplen pasal mereka. Kita mula memfokus pada emosi-emosi negatif sepanjang hari.

*Setiap yang kita buat, fikir dan cakap akan dibalas. Respon kita,perbuatan dan percakapan kita ada implikasinya tersendiri.

*Apa yang Anda fikirkan pasal orang lain, itu juga yang akan dikembalikan semula pada Anda. Apa yang Anda buat pada orang lain, itu juga yang akan dibuat pada diri Anda, sebagai balasan.

*Fikiran beremosi buruk Anda pada orang lain akan menarik fikiran beremosi buruk orang tu pada Anda.
Anda fikir yang baik-baik pasal dia, fikirannya juga akan menghantar fikiran yang baik-baik pada Anda.

*Untuk memudahkan kita berjaya mencapai apa yang kita nakkan, fikirlah yang baik-baik pada semua orang, situasi, perkara dan benda kerana setiap apa yang kita fikirkan akan dibalas dengan yang serupa dengan apa yang ada difikiran.

+Anda perlu tahu bagaimana untuk menukar emosi negatif menjadi emosi positif dalam sesaat. :)