December 3, 2009

My Sadness :(


Im not good tonite..sad...frustrated..not happy :(
Aku bukanlah jenis yang mudah kecil hati atau mudah terasa..even terasa sikit pun, i will forget 5-10 minutes after that..But this time, it's really hurt me..i don think, i will forget about this...

Im so sad...

Im sorry...

please...just give me a break for a moment...

i need a time..

to think....
..............................................

December 1, 2009

Friendship..

Hujung2 tahun ni macam2 benda kena buat,.kerja plak makin hari makin banyak..Nak buat mcm mane dh keje..Kadang2 org lain xkan faham keadaan kita, nampak cam relax, tp mereka tidak tahu bgaimana keadaan yang sebenarnya..Hujung minggu kadang2 x dpt nk berehat kt rumah, ada je aktiviti nk buat. Sampai kwn2 nk jpe aku pun nk kena buat appointment seminggu sebelum..huh! Jujur aku katakan, mmg aku xdpt nk fulfill if kwn2 nk jpe last minute..Sometimes aku kena keluar dgn bf aku, kdg2 family aku dtg sini..i will try my best to get there, but can't promise can make it or not..Kawan2 aku dh mula complaint, semuanya cakap aku ni sombong..dh lupa kawan..Jauh sekali dari fikiran aku untuk melupakan kwn2 yang banyak membantu terutama kawan2 di universiti..Maaf ye, Nurul, nini, ecah, kak syida dan yang lain2..Bukan sengaja nk meminggirkan, tp keadaan yang memaksa aku berbuat begitu..Jika dulu kita cuma memikirkan tentang pelajaran, exam, tiada beban yg dipikul..tp sekarang berbeza sekali keadaannya..Masing2 mempunyai kehidupan yang sendiri..Haluan kita berbeza, tapi aku tidak pernah sekalipun melupakan kalian..Timbul rasa terkilan, bila tidak dapat sempurnakan janji yang telah dibuat..Walaupun kita sama, tapi hidup kita berbeza..

Sedar x sedar, salah seorang rakan aku bakal menamatkan zaman bujangnya pada 19 Dec 09 ini..huhu..Aku ingat lagi, aku pernah bagitau dia, antara ramai2..dia yang akan kahwin dulu..hahah..x sangka plak mmg betul2 terjadi..So, this time pun i will try my best to attend that wedding, sbb next week after that aku plak kena balik kpg..haha ada urusan rasmi bersama keluarga dua belah pihak..:)


So, buat kwn2 diluar sana..Aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada perbuatan atau kata2 yang menyinggung perasaan kalian..AKU SAYANG KAMU SEMUA!!! :)

"The love of my life is the love between friends."




November 27, 2009

Kasih Abadi

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tahun 2009 mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada tahun baru 2010...Sepanjang tahun ni, bermacam2 dugaan telah aku lalui..Suka duka, tangis gembira..semuanya aku lalui dengan sabar dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan aku percaya Setiap apa yang diambilNYA, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya..itu janjiNYA..

Tidak aku nafikan, kadangkala aku merasakan dunia tidak adil kepada aku..tapi bila difikirkan secara waras, itulah dugaan dariNYA, yang menguji kuatkah kita menghadapi ujianNYA..Itu juga tanda sayangNYA pada hamba2NYA..DIA sentiasa ada untuk kita, membantu kita dikala kita ditimpa kesusahan, melindungi dan memberkati hidup kita..cuma kita sahaja yang seringkali lupa padaNYA..Kita seringkali lupa pada harta yang menjadi bekalan pada akhirat kelak kerana asyik terkejarkan harta di dunia..Kita juga tidak bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan, menggunakan ke jalan yg tidak diredhaiNYA..Aku juga sentiasa melakukan kesilapan, lupa padaNYA..padahal DIA sentiasa melindungi aku dari perkara2 yang buruk,.


Hati kita tahu, apa yang berlaku dalam hidup kita seharian berkait rapat dengan tindak tanduk kita seharian. DIA sentiasa memerhatikan tingkah laku dan perbuatan kita di dunia..Setiap masalah yang menimpa kita, pasti puncanya adalah diri kita sendiri..Jagalah hidupmu sebaiknya, itu juga yang sering aku titipkan pada diri aku sendiri..

Semoga Allah memberi petunjuk menuju jalan yang benar dan Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita ..AMIN...

August 15, 2009

Terima Kasih Semua..

Insyallah,.dengan izinNYA kita akan menyambut bulan Ramadhan hujung minggu depan. Alhamdullillah aku panjatkan syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana masih panjangkan umurku sehingga ke saat ini. Minggu lepas merupakan minggu yang sukar untuk aku. Berperang dengan penyakit sehingga sukar untuk melelapkan mata setiap malam, takut sekiranya tiada lagi hari esok untuk aku..Terkilan rasanya jika pergi begitu sahaja tanpa taubat ke atasNYA. Hidup yang setiap hari pasti ada secalit dosa dan sedikit pahala, belum tentu menjanjikan malam yang panjang itu tenang. Terlalu banyak perkara, kata2 yang diucapkan, sikap buruk sangka pada manusia lain.,masih banyak perkara yang belum selesai,.masih banyak maaf yang perlu dilafazkan,.masih ada taubat yang belum dilaksanakan..

Demam panas yang aku alami minggu lepas, merupakan pengalaman yang berharga untuk aku. Ujian dariNYA mengajar aku hidup ini terlalu singkat..Kita tidak pernah akan tahu bila masa kita akan dipanggil untuk mengadapNYA, untuk tinggalkan dunia. Setiap malam rasa takut itu sentiasa ada,.takut andainya tiada lagi hari esok..


Alhamdullillah, hari ni aku sudah beransur sembuh..Minggu depan akan masuk keje seperti biasa..Bersyukur kerana aku dikurniakan kedua ibubapa yang sangat menyayangi aku. Mereka lah yang menjaga aku siang malam,.pastikan aku berada dalam keadaan yang baik..Selagi aku tidak lelapkan mata, selagi itulah mereka akan berjaga..Pada malam aku sesak nafas, mak dan abah tidak dapat tidur sampai pagi..Malam itulah aku merasakan hidup ini terlalu singkat..bila2 masa sahaja DIA boleh mengambil nyawaku,.tapi mungkin bukan takdirku lagi..Tuhan masih memberi aku peluang dan ruang untuk memperbaiki diri..Syukur padaNYA..Mak, abah..terima kasih..Kalian berdua terlalu istimewa..tidak lupa juga buat abangku yang bnyak membantu aku, hantarkan makan,.face mask :) ..dan hantar g hospital..thank you so much!!


Buat adikku dan sayang..jangan risau..i'm getting better and slowly to smile :))..thank you so much for ur care and love!!