Insyallah,.dengan izinNYA kita akan menyambut bulan Ramadhan hujung minggu depan. Alhamdullillah aku panjatkan syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana masih panjangkan umurku sehingga ke saat ini. Minggu lepas merupakan minggu yang sukar untuk aku. Berperang dengan penyakit sehingga sukar untuk melelapkan mata setiap malam, takut sekiranya tiada lagi hari esok untuk aku..Terkilan rasanya jika pergi begitu sahaja tanpa taubat ke atasNYA. Hidup yang setiap hari pasti ada secalit dosa dan sedikit pahala, belum tentu menjanjikan malam yang panjang itu tenang. Terlalu banyak perkara, kata2 yang diucapkan, sikap buruk sangka pada manusia lain.,masih banyak perkara yang belum selesai,.masih banyak maaf yang perlu dilafazkan,.masih ada taubat yang belum dilaksanakan..
Demam panas yang aku alami minggu lepas, merupakan pengalaman yang berharga untuk aku. Ujian dariNYA mengajar aku hidup ini terlalu singkat..Kita tidak pernah akan tahu bila masa kita akan dipanggil untuk mengadapNYA, untuk tinggalkan dunia. Setiap malam rasa takut itu sentiasa ada,.takut andainya tiada lagi hari esok..
Alhamdullillah, hari ni aku sudah beransur sembuh..Minggu depan akan masuk keje seperti biasa..Bersyukur kerana aku dikurniakan kedua ibubapa yang sangat menyayangi aku. Mereka lah yang menjaga aku siang malam,.pastikan aku berada dalam keadaan yang baik..Selagi aku tidak lelapkan mata, selagi itulah mereka akan berjaga..Pada malam aku sesak nafas, mak dan abah tidak dapat tidur sampai pagi..Malam itulah aku merasakan hidup ini terlalu singkat..bila2 masa sahaja DIA boleh mengambil nyawaku,.tapi mungkin bukan takdirku lagi..Tuhan masih memberi aku peluang dan ruang untuk memperbaiki diri..Syukur padaNYA..Mak, abah..terima kasih..Kalian berdua terlalu istimewa..tidak lupa juga buat abangku yang bnyak membantu aku, hantarkan makan,.face mask :) ..dan hantar g hospital..thank you so much!!
Buat adikku dan sayang..jangan risau..i'm getting better and slowly to smile :))..thank you so much for ur care and love!!
5 comments:
bgs2!!! jgn duk merayau2 jek..
bahaya...
heeee~ (^.^)
eh eh..mne de aku mrayau...kekasih hati jauh maa.....
mcm slot samarinda laa....
xada story about me pun....
jgn insaf sebetar jah
Post a Comment