September 27, 2010

Salahkah bertanya??

Setuju atau tidak, kepercayaan dalam hubungan amat penting. Tidak percaya antara satu sama lain mungkin membawa pada keruntuhan sesebuah perhubungan..Tapi sedar kah, kadang2 perbuatan kita sendiri yang buat orang kurang percaya pada kita..Aku tahu, dan aku pernah mengalaminya..Tahu bagaimana rasanya bila pasangan kita sendiri tidak percayakan kita..dan aku sedar apa puncanya..Aku berusaha untuk mengubah diri agar dia kembali mempercayai aku..Dan bila diri sendiri punya perasaan itu, susah untuk aku menghakisnya..Bukan tidak percaya, cuma ada sifat berhati2 untuk diri sendiri..


Bila ada sesuatu yang menyebabkan hati merasa ingin tahu, salahkah kita bertanya?? Salahkah aku mencampuri urusannya?? Tiada hak kah aku untuk berbuat begitu?? Tiada ruang kah untuk aku sebenarnya dalam hidupnya, sehingga aku tidak berhak mencampuri urusannya?? Aku kah yang salah??


Terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran..dan aku akan sentiasa sabar kerana aku percaya hasil dari kesabaran itu aku akan memperoleh jawapannya...


Buat dia...


Bertanya itu lebih baik dari buruk sangka..Tiada niat untuk mencampuri urusanmu..Jika pertanyaan itu merimaskanmu, tidak lagi aku bertanya..tidak lagi aku mengambil tahu tentang dirimu..dan kali ini, aku betul2 terluka kerana sikapmu..Terluka kerana kata2mu..Maafkan aku jika aku menjauhkan diri, kerana aku perlukan masa untuk membetulkan semua...

1 comments:

mrsRons said...

perlu ade trust baru hidup lebih tenang

Post a Comment