February 12, 2011

Sedetik Lebih...


Sepanjang ku lalui hidup ini, tidak pernah sunyi dari kesilapan dan kebodohan diri sendiri..Kadang2 benda kat depan mata dah terang2an menunjukkan it's bad for you diyana...tapi still nak teruskan jugak hingga melukakan diri sendiri..Namun aku teruskan langkah dan terus mencari sesuatu yang sememangnya tercipta untuk aku..Pernah terdetik dalam hati aku, "apakah aku tidak layak untuk merasa bahagia??" Allah itu Maha adil, DIA tidak pernah membebani hamba2NYA melainkan apa yang ditimpakan adalah yang selayaknya..Aku percaya ALLAH tahu, aku mampu melawan semua kesedihan...dan DIA tahu aku mampu bersabar dan terus bersabar dengan setiap ujian dan dugaanNYA..
Sehinggalah suatu hari, takdir telah menemukan kami..Jauh disudut hatiku, aku dapat rasakan dialah jodoh aku..

Alhamdullillah, setelah hampir 2 tahun mengharungi dugaan dan cabaran bersama2, 14 Januari 2011 kami telah diijab kabulkan. Syukur yang tidak terhingga kepadaNYA, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..

Asam garam dalam rumahtangga memang tak dapat nk elak..Tapi aku bersyukur kerana aku bahagia...

Kasihku,
Aku amat mencintaimu kerana kau beri aku erti hidup...
Ku kan terus mencinta sedetik lebih, sampai selamanya..
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

0 comments:

Post a Comment