February 28, 2009

By Shukri Abdullah *88% Minda Kita Untuk Orang Lain

* Percaya atau tidak, dalam 24 jam, 88% tenaga mental kita lebih banyak digunakan untuk melayan emosi berkaitan ketidak puashatian kita pada orang lain..

*Dalam tempoh 24 jam itu, kita lebih cenderung sakit hati dengan seseorang, geram, marah atau kecewa di atas tindakan orang lain yang tak ngam dengan kehendak kita. Dalam hati, kita seringkali mengomplen pasal mereka. Kita mula memfokus pada emosi-emosi negatif sepanjang hari.

*Setiap yang kita buat, fikir dan cakap akan dibalas. Respon kita,perbuatan dan percakapan kita ada implikasinya tersendiri.

*Apa yang Anda fikirkan pasal orang lain, itu juga yang akan dikembalikan semula pada Anda. Apa yang Anda buat pada orang lain, itu juga yang akan dibuat pada diri Anda, sebagai balasan.

*Fikiran beremosi buruk Anda pada orang lain akan menarik fikiran beremosi buruk orang tu pada Anda.
Anda fikir yang baik-baik pasal dia, fikirannya juga akan menghantar fikiran yang baik-baik pada Anda.

*Untuk memudahkan kita berjaya mencapai apa yang kita nakkan, fikirlah yang baik-baik pada semua orang, situasi, perkara dan benda kerana setiap apa yang kita fikirkan akan dibalas dengan yang serupa dengan apa yang ada difikiran.

+Anda perlu tahu bagaimana untuk menukar emosi negatif menjadi emosi positif dalam sesaat. :)