January 6, 2011

Bad Feelings..

Benar kata orang, makin dekat dengan perkahwinan, makin besar dugaan akan menimpa..Kuatkah aku? kuatkah kami untuk mengharunginya?? Minggu ni saja, hampir setiap hari ada saja masalah yang timbul,..sedangkan majlis besar akan berlangsung x sampai 10 hari pun lagi..

Katanya...aku ni sangsi terhadapnya...
Bukan kah dia sepatutnya menyakinkan aku, dan terus yakinkan aku sehingga aku benar2 yakin terhadapnya...Tapi bukan itu yang berlaku... =(
Bukan niat aku untuk sangsi padanya, tp kelakuannya, tindak tanduknya..semua penuh dengan tanda tanya..aku bertanya dikatanya aku ni banyak soal..apa yang aku patut lakukan..Tidak bertanya, dikatanya aku tidak ambil peduli..susah bila orang yang penting dalam hidup kita selepas keluarga, tidak memahami dan mengenali kita sepenuhnya...

Bila diluah mati emak, bila ditelan mati bapak..itulah situasinya...

Bukan kesetiaan yang aku persoalkan,.aku yakin dia setia..tapi aku kecil hati bila aku dipinggirkan..terasa jauh bila hal2 peribadinya menjadi satu benteng antara kami..dia bukan lagi yang ku kenal dulu...seseorang yang suka berkongsi segala apa yang berlaku..tidak lagi sekarang..seolah olah ada benteng besar antara kami...

Tapi dia xpernah faham..berulang kali aku bersuara.,akhirnya aku yang disalahkan...

Xpelah,.Tuhan tu ada..sentiasa ada...semoga Allah kuatkan cinta kami, jodoh kami hingga ke akhir hayat kami berdua...

Andai ini semua salahnya datang dari ku.,maafkanlah aku..Ini semua luahan hati kecilku..semoga kau memahami..

Semoga kau mengerti..

Dan semoga kau tahu..sesungguhnya aku terlalu mencintaimu..