November 27, 2009

Kasih Abadi

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tahun 2009 mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada tahun baru 2010...Sepanjang tahun ni, bermacam2 dugaan telah aku lalui..Suka duka, tangis gembira..semuanya aku lalui dengan sabar dan percaya bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan aku percaya Setiap apa yang diambilNYA, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik dari sebelumnya..itu janjiNYA..

Tidak aku nafikan, kadangkala aku merasakan dunia tidak adil kepada aku..tapi bila difikirkan secara waras, itulah dugaan dariNYA, yang menguji kuatkah kita menghadapi ujianNYA..Itu juga tanda sayangNYA pada hamba2NYA..DIA sentiasa ada untuk kita, membantu kita dikala kita ditimpa kesusahan, melindungi dan memberkati hidup kita..cuma kita sahaja yang seringkali lupa padaNYA..Kita seringkali lupa pada harta yang menjadi bekalan pada akhirat kelak kerana asyik terkejarkan harta di dunia..Kita juga tidak bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan, menggunakan ke jalan yg tidak diredhaiNYA..Aku juga sentiasa melakukan kesilapan, lupa padaNYA..padahal DIA sentiasa melindungi aku dari perkara2 yang buruk,.


Hati kita tahu, apa yang berlaku dalam hidup kita seharian berkait rapat dengan tindak tanduk kita seharian. DIA sentiasa memerhatikan tingkah laku dan perbuatan kita di dunia..Setiap masalah yang menimpa kita, pasti puncanya adalah diri kita sendiri..Jagalah hidupmu sebaiknya, itu juga yang sering aku titipkan pada diri aku sendiri..

Semoga Allah memberi petunjuk menuju jalan yang benar dan Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita ..AMIN...