June 7, 2011

Allah Maha Mengetahui...

Luluh hati ini sekali lagi...walaupun sudah berulang kali, tapi masih tetap berlaku..Allah MAHA MENGETAHUI segalanya x kira yang tersurat atau yg tersirat..DIA tahu segalanya..Aku cuma manusia yang terlalu lemah, yg xpernah sunyi diuji dengan dugaan..Aku redha, aku sabar...sentiasa belajar untuk memaafkan segala kesalahan..Walaupun pada hakikatnya, aku masih terasa peritnya..

Jangan terlalu angkuh dengan persembunyian yang mungkin manusia tidak tahu, tapi dengan kuasa ALLAH SWT, semuanya akan terbongkar...

Dan...jangan pernah menafikan, dengan kuasaNYA hanya dengan satu malam..kau akan kehilangan segalanya...

Pada saat itu, hanya dengan kuasaNYA saja akan ada peluang kedua..

kerana manusia biasa belum tentu akan memaafkan...

Kebahagiaan yang dikecapi hanya pinjaman dariNYA..bila2 masa saja ALLAH SWT akan ambil kembali..

Hargailah apa yang kamu miliki saat ini...mungkin hari ini adalah hari terakhir kamu bersamanya..mungkin esok tiada lagi...


April 6, 2011

Kesetiaan...

Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata...fikiran aku masih kusut..tertekan.,stress yang amat..Kepala pun masih berat..Sehingga hari ini, aku masih belum dapat jawapan, kenapa sebegitu sekali aku diperlakukan?? Apakah perhubungan ini adalah satu kesilapan baginya, bagi kami???? Jawapan itu yang aku cari...apakah kami telah melakukan kesalahan besar dengan mengikat diri masing2 dgn perhubungan ini??? Apakah sebenarnya kami belum bersedia utk memikul tanggungjawab ini...

Ya Allah, bantu lah kami...

Aku sayang kan nya, sayangkan hubungan ini...

Tapi, hati aku hancur bila dia masih melanggar janji walaupun sudah berulang2 kali berjanji padaku.. Hati aku kali ini, seolah2 terlalu keras untuk berlembut..untuk memaafkan...apatah lagi melupakan...setiap patah perkataan yg terlulis terngiang2 di fikiran ini..Bukan mudah untuk aku lupakan...

Mungkin aku tidak sempurna untuk berada disampingmu..

Mungkin aku terlalu mendesak..

Mungkin hatimu belum sepenuhnya untuk ku..

Dan...

Mungkin kita perlukan masa... Untuk diri kita..

Sesungguhnya kau ku sanjung tinggi..
Bererti hanya kau di hati..
Sayangnya kejernihan cinta yang mencerminkan setia.,
Kau keruhkan warnanya...

Bagilah aku masa...

Dan aku jua memberikan kau waktu untuk kau memperbetulkan segalanya...

February 12, 2011

Sedetik Lebih...


Sepanjang ku lalui hidup ini, tidak pernah sunyi dari kesilapan dan kebodohan diri sendiri..Kadang2 benda kat depan mata dah terang2an menunjukkan it's bad for you diyana...tapi still nak teruskan jugak hingga melukakan diri sendiri..Namun aku teruskan langkah dan terus mencari sesuatu yang sememangnya tercipta untuk aku..Pernah terdetik dalam hati aku, "apakah aku tidak layak untuk merasa bahagia??" Allah itu Maha adil, DIA tidak pernah membebani hamba2NYA melainkan apa yang ditimpakan adalah yang selayaknya..Aku percaya ALLAH tahu, aku mampu melawan semua kesedihan...dan DIA tahu aku mampu bersabar dan terus bersabar dengan setiap ujian dan dugaanNYA..
Sehinggalah suatu hari, takdir telah menemukan kami..Jauh disudut hatiku, aku dapat rasakan dialah jodoh aku..

Alhamdullillah, setelah hampir 2 tahun mengharungi dugaan dan cabaran bersama2, 14 Januari 2011 kami telah diijab kabulkan. Syukur yang tidak terhingga kepadaNYA, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang..

Asam garam dalam rumahtangga memang tak dapat nk elak..Tapi aku bersyukur kerana aku bahagia...

Kasihku,
Aku amat mencintaimu kerana kau beri aku erti hidup...
Ku kan terus mencinta sedetik lebih, sampai selamanya..
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

February 5, 2011

No Title...




January 6, 2011

Bad Feelings..

Benar kata orang, makin dekat dengan perkahwinan, makin besar dugaan akan menimpa..Kuatkah aku? kuatkah kami untuk mengharunginya?? Minggu ni saja, hampir setiap hari ada saja masalah yang timbul,..sedangkan majlis besar akan berlangsung x sampai 10 hari pun lagi..

Katanya...aku ni sangsi terhadapnya...
Bukan kah dia sepatutnya menyakinkan aku, dan terus yakinkan aku sehingga aku benar2 yakin terhadapnya...Tapi bukan itu yang berlaku... =(
Bukan niat aku untuk sangsi padanya, tp kelakuannya, tindak tanduknya..semua penuh dengan tanda tanya..aku bertanya dikatanya aku ni banyak soal..apa yang aku patut lakukan..Tidak bertanya, dikatanya aku tidak ambil peduli..susah bila orang yang penting dalam hidup kita selepas keluarga, tidak memahami dan mengenali kita sepenuhnya...

Bila diluah mati emak, bila ditelan mati bapak..itulah situasinya...

Bukan kesetiaan yang aku persoalkan,.aku yakin dia setia..tapi aku kecil hati bila aku dipinggirkan..terasa jauh bila hal2 peribadinya menjadi satu benteng antara kami..dia bukan lagi yang ku kenal dulu...seseorang yang suka berkongsi segala apa yang berlaku..tidak lagi sekarang..seolah olah ada benteng besar antara kami...

Tapi dia xpernah faham..berulang kali aku bersuara.,akhirnya aku yang disalahkan...

Xpelah,.Tuhan tu ada..sentiasa ada...semoga Allah kuatkan cinta kami, jodoh kami hingga ke akhir hayat kami berdua...

Andai ini semua salahnya datang dari ku.,maafkanlah aku..Ini semua luahan hati kecilku..semoga kau memahami..

Semoga kau mengerti..

Dan semoga kau tahu..sesungguhnya aku terlalu mencintaimu..