March 7, 2009

Pilihan..

Pilihan...bila tiba masa untuk membuat pilihan,pasti akan ada insan yang diam tanpa sepatah kata memikirkan yang terbaik untuk dirinya.,..berputar bermacam soalan di fikirannya, memikirkan pilihan2 yang ada..Pilihan yang baik akan membuahkan hasil yang baik..bagaimana sekiranya kita tersalah membuat pilihan dlm hidup??

Setiap pilihan yang ada, perlu dikaji dan diteliti sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan..Namun demikian, ada ketikanya kita sukar membuat pilihan kerana pilihan yang ada sama-sama menarik dan mempunyai kebaikan yang tersendiri..Kadangkala kita tidak berlaku adil dalam membuat pilihan,.dengan melihat bentuk fizikal yang baik dan sempurna, secara automatik kita merasakan itu adalah pilihan yang tepat. Sedangkan, kita belum pun melakukan pertimbangan baik dan buruk terhadap pilihan2 yang ada.


Bagi aku,.sekiranya kita tersalah membuat pilihan, bukan bermakna dunia kita sudah berakhir, sebaliknya perjalanannya baru saja bermula..jangan sesekali kita sesali, sebaiknya kita ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup kita. Dunia sentiasa berputar, sama juga hidup kita..kadangkala kita gembira, kadangkala kita kecewa..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan..setelah titisan air mata, pasti akan ada senyuman..tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu, dan tiada suatu kesedihan pun dapat mengembalikan kepadamu sesuatu yang telah hilang..memilih satu diantara dua adalah yang paling sukar,.kerana sudah semestinya kedua-dua itu adalah yang terbaik..


"choose the best..."

0 comments:

Post a Comment