March 24, 2009

Semalam aku de sembang2 ngn adik aku sal satu citer yg x bape best..huhu..Demi kepentingan diri sendiri, si ayah sanggup membiarkan anak lelakinya yang baru saja berumur 20 tahun berkahwin!!. Walaupun masih belum tamat pengajian dalam Sijil di salah sebuah politeknik, si ayah sanggup membiarkan anaknya meneruskan keputusan untuk berkahwin dengan gadis semuda 19 tahun...huh!!Kalau anaknya tu dah keje xpe la.,ni belajar pun belum habis..yang paling teruk..lelaki itu masih kebudak2kan dan setahu aku dia masih belum layak untuk berkahwin. Tetapi siapalah aku untuk masuk campur dalam urusan keluarganya. Bila diselidik, rupanya keluarga pihak perempuan yang "push" keluarga pihak lelaki untuk berkahwin..X terpikir ke mak si perempuan itu yang bakal menantunya masih belajar dan masih belum matang untuk menjaga anak perempuannya?????atau sekadar melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu????huh!!! Aku cukup terkilan apabila perkahwinannya hanya berlangsung dengan kehadiran ibu dan ayahnya sahaja..Sedih dan amat kecewa dengan sikap ayahnya yang langsung tidak membantu malah membiarkan anaknya terus hanyut..Perkahwinan bukan lah satu perkara yang mudah, ia memerlukan komitmen yang kuat antara dua pihak. Aku berdoa agar mereka berdua akan sentiasa bahagia dan dijauhkan dari sebarang masalah..Apabila ibu dan ayah tidak sehaluan, biasanya anak2 merekalah yang menjadi mangsa keadaan..Apabila ibu dan ayah bermasalah, biasanya mereka akan membiarkan anak2 mereka juga dibebani masalah..


*kepada yang berkenaan,.selamat pengantin baru..Jangan sesekali pandang ke belakang, kerana di depan kau sudah tersedia pelbagai cabang dan jalan yang akan kau tempuhi kelak..Aku doakan kebahagiaan kau sentiasa..Jangan mudah menyerah kalah walaupun usiamu yang begitu muda, sabar dan berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik...dari kecil sehinggalah kau besar,.aku sentiasa sayang dan doakan kejayaanmu...amin..

0 comments:

Post a Comment