March 9, 2009

Second Chance..

Hari ini aku ada berbual2 dengan seorang kawan baru dalam Tagged , katanya baru putus cinta..huhu..aku bersimpati..Katanya lagi, bekas kekasih ingin kembali padanya,.huhu..Bila aku tanya, adakah mungkin dia akan mendapat peluang untuk kembali.,dengan pantas dia menjawab.."TIDAK MUNGKIN"..itulah kisahnya...

Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan, baik kecil mahu pun besar..Itu hak mereka untuk bagi peluang itu atau tidak, kita sebagai manusia tidak berhak untuk mencampuri urusannya..apatah lagi menghalang atau memaksa mereka..Kita sekadar hanya boleh memberi nasihat dan pendapat..

Dalam hidup ini,.manusia mungkin akan mendapat peluang kedua..tetapi mungkin juga dia tidak akan berpeluang untuk mendapat sebarang peluang lagi dalam hidupnya...kerana jika manusia tak mempergunakan peluang pertama , peluang kedua mungkin tak akan kunjung tiba..kesian kan???huhuhu..Contoh yang paling senang, bila satu perhubungan itu terputus..Sang kekasih marah2 then, bila si kekasih hatinya minta peluang kedua,."jangan harap aku bg kau peluang lagi"..adey :(...Kadang2 apa yang kita nampak luaran sahaja, dalaman kita x nampak..Jauh di sudut hati, dia ingin menerima kekasihnya kembali..tetapi disebabkan perasaan marah yang masih menebal,.dia merasakan lebih baik jika tiada lagi peluang kedua..

Tidak menjadi satu kesalahan, jika peluang kedua itu diberikan kepada seseorang yang benar2 memerlukan untuk membuktikan dirinya akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..Aku juga pernah menginginkan peluang kedua darinya,.tapi hatinya terlalu keras untuk itu..Aku tidak pernah memaksanya untuk menerima aku dalam hidupnya, apa yang aku perlukan adalah peluang kedua untuk membuktikan padanya aku benar2 sayang dan mencintainya..huhu..sedey la plak...Bila kita berada ditempat itu, kita akan tahu betapa berertinya peluang kedua..tapi jarang sekali peluang kedua itu diberikan..

Bagi aku, setiap orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidupnya..kerana pasti suatu hari nanti, kita juga akan berada di tempat itu...



"We believe everybody deserves a second chance.."

p/s: ini pendapat aku je..heheh

0 comments:

Post a Comment